ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 4. Anggapan.

(1) Bilamana diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, mahkamah boleh sama ada menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Bilamana diarahkan oleh Enakmen ini bahawa mahkamah hendaklah menganggap sesuatu fakta sebagai terbukti, mahkamah hendaklah mensifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.