ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 83. Tidak mengembalikan borang taksiran zakat.


Sesiapa yang didapati ingkar atau enggan membuat pengakuan diri berkenaan harta-harta yang boleh dikenakan zakat atau tidak mengembalikan borang taksiran zakat yang dipercayai telah disampaikan kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh dua puluh empat bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.