ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 184. Perakuan penunaian

(1) Jika apa-apa hutang penghakiman yang mengenainya seseorang penghutang penghakiman dipenjarakan di bawah seksyen 181 ditunaikan melalui pembayaran atau selainnya, pemiutang penghakiman hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu perakuan penunaian yang ditandatangani olehnya dalam Borang MS 47.

(2) Jika pemiutang penghakiman ingkar menyerah simpan perakuan seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), penghutang penghakiman atau mana-mana orang bagi pihaknya boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah bagi pelepasannya, dan Mahkamah semasa membuat perintah itu boleh mengarahkan supaya kos bagi permohonan itu hendaklah dibayar oleh pemiutang penghakiman itu.

(3) Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam Borang MS 48.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.