ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 2 - SEPINA



Seksyen 106. Meminda sepina.

Jika terdapat suatu kesilapan pada nama atau alamat mana-mana orang dalam sesuatu sepina, dan sekiranya sepina itu belum lagi disampaikan, pihak yang kepadanya sepina itu dikeluarkan boleh dengan memfailkan permintaan kali kedua di bawah seksyen 103 memohon sepina itu dimeterai semula dengan apa-apa pembetulan dan diendorskan dengan perkataan "Dipinda dan dimeterai semula".




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.