ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 164. Rayuan tidak berkuasa untuk menggantungkan perlaksanaan hukuman.

(1) Kecuali di dalam kes yang tersebut di dalam seksyen 163, tiada rayuan boleh berkuasa sebagai menggantungkan pelaksanaan, tetapi Mahkamah yang membicarakan kes itu atau Mahkamah Rayuan Syariah boleh menggantung mana-mana pelaksanaan penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan, atas apa-apa terma mengenai jaminan untuk pembayaran mana-mana wang atau untuk penyempurnaan atau tiada penyempurnaan apa-apa perbuatan atau untuk menjalani apa-apa hukuman yang diperintahkan oleh atau di dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sebagaimana Mahkamah mendapati munasabah.

(2) Jika perayu pada akhirnya dihukum penjara, tempoh selama mana pelaksanaan hukuman digantungkan hendaklah tidak boleh diambilkira dalam menghitung tempoh hukumannya melainkan Mahkamah Rayuan Syariah mengarahkan sebaliknya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.