ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 35. Fatwa rasmi yang berkaitan dengan hukum syarak.

Barang siapa sama ada dengan cara lisan atau tulisan, membuat dan mengeluarkan atau difahamkan membuat dan mengeluarkan apa-apa fatwa yang rasmi mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan Hukum Syarak, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Dengan syarat seksyen ini tidak boleh dipakai bagi Majlis atau orang-orang lain yang menjalankan tugas di bawah kuasa-kuasa yang diberikan oleh Undang-undang Pentadbiran Agama Islam, 1963.

(2) Peruntukan di bawah sub-seksyen (1) tidak boleh dikenakan jika seseorang itu cuma memberi fikirannya di atas mana-mana perkara yang berkaitan dengan hukum syarak atau adat istiadat melayu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.