ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE JAWATANKUASA ULANG BICARA



Seksyen 142. Ketidakhadiran pihak menentang.

(1) Jika pada masa pembicaraan mengenai rayuan, pihak menentang tidak hadir dan Mahkamah tidak berpuashati bahawa notis rayuan telah disampaikan dengan sepatutnya ke atasnya, maka Mahkamah tidaklah boleh membuat apa-apa perintah di dalam perkara rayuan yang bertentangan atau yang membawa mudarat terhadap pihak menentang, tetapi hendaklah menangguhkan pembicaraan rayuan itu ke suatu hari akan datang supaya dia hadir, dan hendaklah mengeluarkan notis kepadanya untuk disampaikan melalui Pendaftar.

(2) Jika penyampaian notis tersebut terlebih dahulu tidak dapat disampaikan kepada pihak menentang maka Mahkamah hendaklah menjalankan pembicaraan untuk mendengar rayuan tanpa kehadirannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.