ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Baitulmal” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 81 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003[En. No. 10/2003];

“harta” termasuklah—

yang mempunyai nilai menurut prinsip Syariah;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hambali;

istibdal” ertinya menggantikan suatu mawquf dengan harta lain atau wang, atau berupa wang, yang sama dengan atau lebih tinggi nilainya daripada mawquf itu, sama ada melalui gantian, belian, jualan atau apa-apa cara lain menurut prinsip Syariah;

“Jawatankuasa Fatwa” ertinya Jawatankuasa Fatwa yang ditubuhkan di bawah seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003;

“Ketua Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 78(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003;

“Kumpulan Wang Wakaf” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 24(1);

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 55(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003;

mawquf” ertinya harta yang diwakafkan, sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas;

mawquf-alaih” ertinya orang atau persatuan atau institusi yang berhak menerima apa-apa manfaat, faedah atau keuntungan daripada mawquf;

“orang” termasuklah kumpulan orang sama ada yang diperbadankan atau tidak diperbadankan;

“Panel Penasihat” ertinya Panel Penasihat Pengurusan Wakaf yang ditubuhkan di bawah subseksyen 21(1);

“pegawai penguat kuasa” ertinya pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 43;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Wakaf yang dilantik di bawah seksyen 18;

“Perakuan Mawquf” ertinya Perakuan Mawquf yang dikeluarkan di bawah subseksyen 8(1) dan seksyen 56;

“skim wakaf” ertinya suatu skim wakaf yang ditubuhkan di bawah subseksyen 11(1);

“tanah” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah Kanun Tanah Negara [56 tahun 1965];

“wakaf” ertinya—

sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas, menurut prinsip Syariah, tetapi tidak termasuk amanah yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];

“wakaf am” ertinya apa-apa wakaf yang diwujudkan bagi maksud kebajikan ummah;

“wakaf khas” ertinya apa-apa wakaf yang diwujudkan bagi sesuatu maksud khusus sama ada yang ditentukan oleh waqif atau oleh Majlis;

waqif” ertinya orang yang mewujudkan wakaf.

(2) Sebutan tentang sumber pembiayaan lain hendaklah termasuk sebutan tentang Baitulmal.

(3) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah masing-masing mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalamBahagian itu setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(4) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapanungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.