ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 219. Kuasa Mahkamah untuk memanggil dan memeriksa orang

Mana-mana Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini, memanggil mana-mana orang sebagai saksi, atau memeriksa manamana orang yang hadir walaupun dia tidak dipanggil sebagai saksi, atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang yang telah diperiksa, dan Mahkamah hendaklah memanggil dan memeriksa atau memanggil semula dan memeriksa semula manamana orang itu jika keterangannya didapati perlu demi keputusan yang adil dalam kes itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.