ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VII - Saksi



Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibubapa dan anak sebagai saksi.

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isterinya terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibu bapanya atau keterangan ibu bapanya terhadap anaknya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai bayyinah.

(4) Keterangan ibu bapa bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibu bapanya boleh diterima sebagai bayyinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.