ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 10. Penangkapan: bagaimana dibuat

(1) Dalam membuat sesuatu penangkapan Pegawai Penguat kuasa Agama, pegawai polis atau orang lain yang membuat penangkapan itu hendaklah sebenarnya menyentuh atau mengurung tubuh orang yang hendaklah ditangkap itu, melainkan jika orang itu menyerah diri sama ada dengan perkataan atau melalui perbuatan.

(2) Jika orang itu dengan menggunakan kekerasan menentang usaha menangkapnya atau cuba mengelakkan penangkapan itu, pegawai atau orang lain itu bolehlah menggunakan segala langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini memberikan hak untuk menyebabkan kematian mana-mana orang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.