ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 89. Menyebabkan hilangnya keterangan mengenai sesuatu kesalahan yang dilakukan, atau memberi maklumat palsu mengenainya, bagi melindungi pesalah.

Mana-mana orang yang diketahui atau yang ada sebab mempercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dilakukan, menyebabkan apa-apa keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan itu hilang dengan niat hendak melindungi pesalah itu daripada hukuman undang-undang yang sah, atau dengan mengetahui bahawa ia mungkin dengan jalan demikian itu melindungi pesalah itu daripada hukuman undang-undang yang sah, atau dengan niat atau pengetahuan yang tersebut memberi apa-apa maklumat mengenai kesalahan itu yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu, hendaklah, jika kesalahan yang ia ketahui atau percaya telah dilakukan itu boleh dihukum dengan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai seperempat daripada tempoh penjara yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.