ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadanah atau Penjagaan Kanak-kanak



Seksyen 85. Orang yang berhak menjaga anak-anak.

(1) Tertakluk kepada seksyen 86, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan mengikut Undang-Undang Islam dari mempunyai hak terhadap hadanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang daripada yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-

Dengan syarat bahawa penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

(3) Tiada lelaki berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak perempuan rnelainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.

(4) Tertakluk kepada seksyen 86 dan 88, jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju rnenjaga kanak-kanak itu, penjagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat-sifat paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya mempunyai sifat-sifat kemuliaan yang sama, maka yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.