ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990
BAB II - PERKAHWINAN
Seksyen 13. Persetujuan dikehendaki.
Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya dan sama ada-
(a)
wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau
(b)
Hakim Syar'i yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syar'i itu telah; selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuan terhadap perkahwinan itu oleh Wali Hakim mengikut Hukum Syarak; persetujuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.