ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN



Seksyen 120. Poligami tanpa kebenaran Hakim Syar'i.

Jika seseorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan lain di mana-mana tempat dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Hakim Syar'i, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.