ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXV - DARIHAL SALAH ATURAN DALAM PEMBICARAAN



Seksyen 183. Prosedur apabila pengakuan salah diambil dengan salah aturan.

Jika di hadapan mana-mana Mahkamah pengakuan salah atau kenyataan lain mengenai orang yang dituduh yang direkodkan di bawah seksyen 61 atau 105 telah dikemukakan atau telah diterima di dalam keterangan Mahkamah itu memutuskan bahawa apa-apa peruntukan dari seksyen itu telah tidak dipatuhi oleh Kadi yang merekodkan keterangan itu, Mahkamah boleh mengambil keterangan bahawa orang itu telah membuat keterangan yang direkodkan itu dan jika ia berpuashati kenyataan itu hendaklah diterima sebagai keterangan jika kesilapan itu tidak menjejaskan pembelaan orang yang dituduh di atas meritnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.