ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 86. Memanggil balik saksi apabila pertuduhan dipinda atau ditambah.

Jika sesuatu pertuduhan dipinda atau ditambah oleh Mahkamah selepas bermulanya perbicaraan itu, pendakwa dan orang yang dituduh hendaklah dibenarkan memanggil semula atau menyaman balik dan memeriksa mana-mana juga saksi yang telah diperiksa berhubung dengan pindaan atau tambahan itu, dan boleh juga mengemukakan mana-mana keterangan tambahan yang mungkin material.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.