ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVVII - PERKARA AM



Seksyen 211. Enggan menandatangani kenyataan.

Barang siapa enggan menandatangani sesuatu kenyataan yang dibuat olehnya, apabila dikehendaki menandatangani oleh seseorang pegawai agama yang berkuasa di sisi undang-undang, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dengan kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.