ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN III - CARA MEMULAKAN PROSIDING
BAB 3 - PERMOHONAN



Seksyen 13. Bentuk permohonan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selepas ini, tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat dengan cara notis dalam Borang MS 3 dan disokong dengan afidavit yang diikrarkan mengikut Enakmen ini.

(2) Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi tajuk yang sesuai.

(3) Suatu permohonan hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah yang dipohon dan, dengan butir yang mencukupi fakta yang disandarkan untuk menyokong permohonan itu, dan kecuali jika Mahkamah memerintahkan selainnya permohonan itu hendaklah disampaikan kepada semua pihak dan orang yang berkepentingan dalamnya.

(4) Dalam tiap-tiap permohonan penentang hendaklah disebut sebagai responden.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.