ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 3. Kecualian prerogatif.

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam di dalam Negeri Melaka sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri Melaka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.