ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVII - RAYUAN



Seksyen 142. Alasan rayuan.

(1) Dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan notis di bawah subseksyen 140 (6), perayu hendaklah mengemukakan alasan rayuan kepada Pendaftar Mahkamah yang terhadapnya keputusan dirayukan dalam 5 salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah yang mendengar rayuan itu.

(2) Tiap-tiap alasan rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi penghakiman yang dirayukan, dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas mengenai perkara undang-undang atau perkara fakta yang berkenaan dengannya rayuan itu dibuat dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah yang mendengar rayuan dibenarkan dalam pendengaran itu untuk menggunakan alasan rayuan yang lain selain daripada yang dinyatakan dalam rayuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.