ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 20. Orang-orang yang telah ditangkap oleh pegawai masjid atau penghulu tindakan terhadapnya.

Seorang pegawai masjid atau penghulu yang membuat penangkapan tanpa waran hendaklah dengan tidak berlengah-lengah lagi membawa orang yang ditangkapnya itu kepada Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis yang hampir sekali, ataupun jika tidak ada Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis hendaklah membawa orang itu ke pejabat Pegawai Penguatkuasa Syariah atau balai polis yang hampir sekali, dan seorang Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis hendaklah menangkap semula tiap-tiap orang yang ditangkap itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.