ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 189. Bila waran tangkap hendaklah dikeluarkan terhadap orang yang dijamin.

Jika, oleh sebab kesilapan, fraud atau selainnya, penjamin yang telah diterima tidak cukup, atau jika mereka kemudiannya menjadi tak cukup, Mahkamah yang membenarkan dia diikat jamin hendaklah mengeluarkan suatu waran tangkap yang mengarahkan supaya orang yang dilepaskan atas jaminan itu dibawa ke hadapannya, dan hendaklah mengarahkan supaya orang itu mencari penjamin yang cukup, dan jika orang itu tidak berbuat demikian Mahkamah itu hendaklah memenjarakannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.