ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983
BAHAGIAN VII - AM
Seksyen 197. Menandatangani afidavit.
(1) Tertakluk kepada mana-mana kaedah yang dibuat oleh Mahkamah, mana-mana afidavit boleh digunakan di Mahkamah jika ia telah dibuat dengan sumpah-
(a) di Malaysia di hadapan mana-mana Majistret, Pendaftar atau Qadhi;
(b) di Singapura di hadapan mana-mana Hakim, Hakim Daerah, Majistret, Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Qadhi;
(c) di lain-lain tempat di hadapan seorang pegawai yang menjalankan tugas konsul bagi Kerajaan Malaysia.
(2) Mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman kepada meteri dan tandatangan mana-mana Hakim, Majistret, Qadhi, Konsul atau lain-lain orang yang dikembar atau dimasukkan di afidavit itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.