ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN-AM TENTANG PERBICARAAN
Seksyen 108. Bertukar Hakim semasa pendengaran.
Bilamana mana-mana Hakim, selepas mendengar dan merekodkan keseluruhan atau mana-mana bahagian keterangan di dalam sesuatu perbicaraan, terhenti menjalankan bidang kuasa dalamnya dan digantikan oleh seorang Hakim lain yang mempunyai dan yang menjalankan bidang kuasa itu, Hakim yang menjadi pengganti sedemikian boleh bertindak atas keterangan yang direkodkan sedemikian oleh pendulunya, atau yang sebahagiannya direkodkan oleh pendulunya dan sebahagiannya lagi direkodkan olehnya sendiri, atau dia boleh memanggil semula saksi-saksi dan memulakan semula perbicaraan itu:
Dengan syarat bahawa-
(a)
dalam mana-mana perbicaraan tertuduh boleh, apabila Hakim yang kedua itu memulakan prosidingnya, menuntut supaya saksi-saksi atau mana-mana daripada mereka dipanggil semula atau didengar semula;
(b)
Mahkamah rayuan yang bekenaan boleh, sama ada terdapat rayuan atau tidak, mengetepikan mana-mana sabitan yang dibuat atas keterangan yang tidak direkodkan sepenuhnya oleh Hakim yang di hadapannya sabitan itu dibuat, jika Mahkamah itu berpendapat bahawa tertuduh telah dimudaratkan secara material kerananya, dan bolehlah memerintahkan suatu perbicaraan baru.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.