ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 5. Perkahwinan sah yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini.
(1) Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana jua undang-undang di mana-mana jua pun sebelum tarikh yang ditetapkan.
(2) Perkahwinan sedemikian, jika sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.
(3) Tiap-tiap perkahwinan sedemikian, melainkan jika tidak diakui di bawah undang-undang yang di bawahnya ianya telah diakadnikahkan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan-
(
a
)
dengan kematian salah seorang daripada pihak-pihak yang berkahwin itu;
(
b
)
dengan apa-apa
talaq
sebagaimana yang dilafazkan di bawah Enakmen ini;
(
c
)
dengan perintah Mahkamah yang berbidangkuasa layak; atau
(
d
)
dengan penetapan pembatalan yang dibuat oleh Mahkamah yang berbidangkuasa layak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.