ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 90. Tauliah Pegawai Masjid.

(1) Tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis menjadi Pegawai Masjid, termasuk tiap-tiap orang yng disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen 89 (5), hendaklah diberikan tauliah oleh Majlis.

(2) Tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah mempunyai kuasa-kuasa dan kewajipan yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini dan dalam tauliahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.