ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 158. Rekod prosiding.

(1) Apabila sesuatu notis rayuan telah difailkan, Hakim yang membuat keputusan hendaklah, jika ia belum menulis penghakimannya, merekodkan alasan keputusannya secara bertulis dan alasan penghakiman bertulis atau alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian dari rekod prosiding.

(2) Apabila satu notis rayuan telah difailkan, Mahkamah Tinggi Syariah yang dirayukan itu hendaklah membuat satu salinan alasan keputusan yang bertandatangan di dalam kes itu dan menyebabkan untuk diserahkan perkara yang sama kepada perayu atau Peguam Syarienya dengan meninggalkan salinan itu dialamat yang disebutkan di dalam notis rayuan atau menghantarkannya dengan pos berdaftar yang di alamatkan kepada perayu di alamat tersebut.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.