ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 106. Penyingkiran keterangan bagi menyangkal jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang menguji kebenaran.

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab sesuatu soalan yang relevan dengan siasatan itu hanya setakat yang ia cenderung kepada melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, tiada keterangan boleh diberikan bagi menyangkal; tetapi jika dia memberi jawapan palsu, maka dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberi keterangan palsu.

Kecualian 1 - Jika seorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa jenayah dan dia menafikannya, maka keterangan boleh diberikan mengenai sabitannya yang dahulu itu.

Kecualian 2 - Jika seorang saksi ditanya apa-apa soalan yang cenderung kepada mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta-fakta yang disarankan itu, maka dia boleh disangkal.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.