ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXIV - PELBAGAI



Seksyen 226. Memberi jaminan.

(1) Jaminan hendaklah diberi dengan mendepositkan wang atau melalui bon yang amaunnya hendaklah ditentukan oleh Hakim atau Pendaftar.

(2) Perbelanjaan mengenai jaminan, jika ada, hendaklah ditanggung oleh orang yang memberi jaminan itu.

(3) Jika jaminan diberi dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah Mahkamah.

(4) Jika jaminan diberi melalui bon, seorang penjamin adalah diperlukan melainkan Mahkamah memerintahkan selainnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.