ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001
BAHAGAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Dokumen Awam
Seksyen 57. Dokumen awam.
Dokumen yang berikut ialah dokumen awam:
(a)
dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan-
(i) kuasa pemerintah berdaulat;
(ii) badan rasmi dan tribunal; dan
(iii) pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada bagi Persekutuan atau Negeri atau bagi sesuatu negara asing; dan
(b)
rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen persendirian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.