ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 57. Perlantikan Pegawai Masjid.


(1) Bagi setiap masjid dalam Negeri ini hendaklah dilantik seorang Imam, Khatib, Bilal, Mungkim dan Noja.

(2) Jawatan-jawatan Imam, Khatib, Bilal, Mungkim dan Noja hendaklah dianggap sebagai jawatan penjawat awam mengikut maksud Kanun Keseksaan.

(3) Apabila berkuatkuasanya, seksyen ini tiap-tiap orang yang menjadi Imam, Khatib, Bilal, Mungkim dan Noja sebelum sahaja berkuatkuasa seksyen ini hendaklah dianggap sebagai telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Imam, Khatib, Bilal dan Noja masjid itu dan hendaklah tertakluk kepada seksyen 59.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.