ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988


Seksyen 3. Kriteria bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam.

Jika dalam sesuatu pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Enakmen ini timbul apa-apa soal berkenaan sama ada seseorang itu berugama Islam, soal itu hendaklah diputuskan mengikut kriteria reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan atau kemungkiran orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.