ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 90. Jenis pemeriksaan.
Saksi hendaklah diperiksa secara terbuka di dalam Mahkamah atau secara rahsia melalui pihaknya yang ada pertalian dengannya.
MISALAN
(a)
Jika saksi itu seorang penuntut, saksi hendaklah diperiksa melalui guru sekolah tempat ia belajar dan melalui pihak yang boleh dipercayai di tempat tersebut;
(b)
Jika saksi seorang anggota angkatan tentera, pemeriksaan dibuat melalui pegawai pemerintahnya;
(c)
Jika saksi seorang awam, ia hendaklah diperiksa melalui penduduk yang boleh dipercayai di tempat ia tinggal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.