ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN TESTIMONI SAKSI



Seksyen 130. Penafian (ta'n) terhadap saksi

Apabila mana-mana pihak kepada sesuatu prosiding mengisytiharkan mana-mana saksi pihak menentang sebagai tidak 'adil, sama ada sebelum atau selepas pemeriksaan saksi itu di bawah seksyen 125 atau 127 dengan mengemukakan apa-apa keterangan yang boleh mencegah penerimaan keterangannya, Hakim hendaklah menghendaki pihak itu membuktikan fakta itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.