ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE JAWATANKUASA ULANG BICARA



Seksyen 147. Perakuan akan akibat keputusan.

(1) Bila mana satu kes rayuan diputuskan oleh Jawatankuasa Ulang Bicara di bawah Bab ini ia hendaklah memperakukan keputusannya atau perintahnya kepada Mahkamah di mana keputusan hukuman atau perintah yang mana rayuan terhadapnya dibuat setelah direkodkan atau diluluskan.

(2) Bila mana satu rayuan tidak ditolak perakuan itu hendaklah menyebutkan alasan-alasan yang mana rayuan telah dibenarkan atau Keputusan Mahkamah Kadi telah diubah.

(3) Mahkamah yang menerima keputusan atau perintah Jawatankuasa Ulang Bicara hendaklah membuat perintah yang sesuai dengan keputusan atas perintah dari Jawatankuasa Ulang Bicara dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda menurut yang berkenaan dengannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.