ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Watak bila qarinah.



Seksyen 42. Watak yang dahulunya tidak baik tidaklah qarinah kecuali bagi menjawab.

Dalam prosiding jenayah fakta bahawa orang yang dituduh itu mempunyai watak yang tidak baik tidaklah qarinah, melainkan jika keterangan telah diberi bahawa ia mempunyai watak yang baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu adalah qarinah.

Huraian 1 - Seksyen ini tidaklah dipakai bagi kes di mana watak tidak baik seseorang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.

Huraian 2 - Sesuatu sabitan yang dahulu adalah qarinah sebagai keterangan mengenai watak yang tidak baik.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.