ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB V
Keterangan Dokumentar



Seksyen 56. Membuktikan dokumen.

(1) Jika orang yang melaksanakan dokumen menafikan tulisan atau penyempurnaan atau tanggungan yang diwujudkan di dalam sesuatu dokumen, maka tulisan dan penyempurnaan dokumen tersebut hendaklah diakusaksikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi kepada dokuman itu.

(2) Jika saksi kepada dokumen itu tidak boleh didapati, tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah diakusaksikan oleh dua orang saksi yang mengenali tulisan dan tandatangan orang yang menulis dan menyempurnakan dokumen itu.

(3) Jika saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut dalam subseksyen (2) mengakusaksikan tulisan dan tandatangan itu, maka orang yang menyempurnakan dokumen tersebut hendaklah terikat dengan tanggungan yang diwujudkan.

(4) Jika saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak mengakusaksikan tulisan dan tandatangan dokumen itu sepenuhnya, maka tulisan dan tandatangan dokumen itu hendaklah diperakui sah oleh seboleh-bolehnya dua orang pakar.

(5) Jika pakar mengakusaksikan tulisan dan tandatangan dokumen itu, maka orang yang menyempurnakan dokumen itu hendaklah terikat dengan tanggungan yang diwujudkan.

(6) Jika dokumen itu tidak dapat dibuktikan dengan cara yang tersebut di atas, orang yang menafikan tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah apabila diminta oleh plaintif mengangkat sumpah dan jika dia tidak mahu bersumpah, sumpah itu dikembalikan kepada plaintif dan selepas sumpah itu dibuat sabitlah tuntutannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.