ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB V
Keterangan Dokumentar



Seksyen 55. Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau meterai.

(1) Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau meterai hendaklah diterima sebagai pengakuan orang yang menulis atau yang melaksanakan dokumen itu.

(2) Sesuatu pengakuan melalui dokumen yang ditulis atau yang disebabkan ditulis oleh seseorang di bawah tandatangan atau meterainya dan diserahkan kepada seorang lain hendaklah diterima sebagai ikrar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.