ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB X - DARIHAL PERBICARAAN



Seksyen 104. Pemindahan kes-kes.

Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan Hakim yang mana Hakim berpendapat pada sebarang peringkat prosiding itu ada sebab-sebab kes itu patut dibicarakan oleh Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang lebih tinggi daripada bidangkuasanya, atau jika sebelum atau semasa perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Pendakwa Syarie, Hakim hendaklah menggantungkan prosiding itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah yang lebih tinggi dan ia hendaklah merekodkan perintah berkenaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.