ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN 1 - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH AM
Pernyataan oleh orang yang tidak dapat dipanggil sebagai Saksi



Fasal 21. Kerelevanan keterangan tertentu bagi membuktikan dalam prosiding terkemudian tentang kebenaran fakta yang dinyatakan dalamnya

Keterangan yang diberikan oleh seorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman, atau di hadapan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, ialah qarinah bagi maksud membuktikan dalam prosiding kehakiman kemudiannya atau pada suatu peringkat yang kemudian dalam prosiding kehakiman yang sama, kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tak berupaya untuk memberikan keterangan, atau dihalang daripada memebrikan keterangan oleh pihak menentang, atau jika kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak munasabah dalam hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa –
Huraian – Sesuatu perbicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding antara pendakwa dengan tertuduh dalam pengertian seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.