ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEMERIKSA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB IV



Seksyen 56. Prosedur jika kesalahan disyaki.

(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau dengan jalan lain seseorang Pemeriksa Agama ada sebab mengesyaki perbuatan sesuatu kesalahan maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang diarahkan oleh Pendakwa supaya tidak perlu dilaporkan kepadanya, segera menghantar satu laporan mengenainya kepada Pendakwa, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mewakilkan seorang daripada pegawai-pegawai bawahannya pergi ke tempat kejadian itu untuk menyiasat hal-hal dan keadaan kes itu dan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mendapatkan pesalah itu:

Dengan syarat-syarat berikut-
(2) Dalam tiap-tiap satu hal yang tersebut dalam perenggan (a) dan (b) Pemeriksa Agama yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya (jika ada) sebab-sebabnya yang dia tidak menurut dengan sepenuhnya subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.