ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN V - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM
Seksyen 54. Kerahsiaan.
Mana-mana orang yang dengan tidak sepatutnya memberitahu atau menghebahkan apa-apa perkara, yang mana adalah kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk merahsiakannya, kepada mana-mana orang yang tidak berhak di sisi undang-undang untuk diberitahu perkara itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.