ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XII - PEMINDAHAN PROSIDING



Seksyen 92. Tatacara mengenai pemindahan daripada Mahkamah Tinggi Syariah kepada Mahkamah Rendah Syariah

(1) Jika melalui suatu perintah Mahkamah Tinggi Syariah mana-mana prosiding diperintahkan supaya dipindahkan kepada Mahkamah Rendah Syariah, atau sesuatu isu diarahkan supaya dibicarakan di Mahkamah itu, Pendaftar hendaklah, apabila menerima perintah atau salinan diperakui bagi perintah itu, mencatatkan prosiding itu dalam Daftar Kes yang berkenaan, dan memberikan notis dalam Borang MS 17 sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari kehadiran, kepada tiap-tiap pihak supaya hadir di hadapan Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu.

(2) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang terkandung dalam perintah Mahkamah Tinggi Syariah, perbicaraan itu hendaklah diteruskan seolah-olah prosiding itu telah dimulakan dalam Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.