ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH AGAMA DAN INSTITUSINYA



Seksyen 26. Berjudi.

(1) Sesiapa yang berjudi atau didapati hadir di tempat berjudi sama ada dia melakukan perjudian atau tidak, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Bagi maksud subseksyen (1) "tempat berjudi" ertinya mana-mana premis sama ada terbuka atau pun tertutup dan termasuklah bilik, pejabat atau gerai sama ada orang awam atau ahli-ahli tertentu yang mempunyai hak untuk memasukinya, mengguna atau menyimpan untuk permainan apa-apa permainan yang berbentuk nasib atau percampuran antara nasib dan kemahiran sama ada secara sah atau sebaliknya untuk wang atau faedah kewangan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.