ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN IX - PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN



Seksyen 43. Pemberikuasaan pegawai penguat kuasa.

Majlis boleh memberi kuasa secara bertulis kepada Pendaftar, Timbalan Pendaftar, pegawai Majlis, Pegawai Penguat Kuasa Agama yang dilantik di bawah seksyen 79 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 atau mana-mana pegawai awam lain untuk menjalankan apa-apa penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan bagi maksud Enakmen ini sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberikuasaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.