ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 40. Pembetulan Ralat.

(1) Jika Pendaftar berpuas hati melalui akuan berkanun atau selainnya bahawa sesuatu catatan berhubungan dengan sesuatu perkahwinan adalah silap pada bentuk atau isinya, maka dia boleh, di hadapan orang yang bernikah itu, atau jika mereka tidak ada, di hadapan dua orang saksi yang boleh dipercayai, membetulkan kesilapan itu dengan memotong catatan itu dan membuat catatan yang betul dan dia hendaklah sesudah itu menyebabkan supaya catatan dalam Daftar Perkahwinan tempatan dibetulkan mengikut cara yang sama.

(2) Pendaftar hendaklah menandatangani dan mentarikhkan pembetulan yang dibuat dalam surat perakuan nikah itu dan dalam Daftar Perkahwinan tempatan itu.

(3) Tiap-tiap catatan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diakusaksi oleh saksi-saksi yang di hadapannya catatan itu dibuat.

(4) Suatu salinan pembetulan itu yang diperakui sah hendaklah dihantar dengan segera kepada Ketua Pendaftar supaya suatu pembetulan yang serupa dibuat dalam Daftar Perkahwinannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.