ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN XVI - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH
Seksyen 134. Perintah ansuran.
(1) Mana-mana penghutang yang terhadapnya penghakiman telah atau akan diberikan boleh memohon kepada Mahkamah-
(a)
untuk mendapatkan kebenaran membayar hutang penghakiman itu secara ansuran; atau
(b)
jika suatu perintah untuk bayaran secara ansuran telah dibuat, untuk mendapatkan kebenaran membayar dengan ansuran yang lebih rendah,
dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkan adil.
(2) Jika apa-apa ansuran yang dibenarkan dengan perintah di bawah subseksyen (1) tertunggak selama tempoh lebih daripada satu bulan, perintah tersebut hendaklah disifatkan telah dibatalkan dan penghakiman boleh menjalankan perlaksanaan bagi mendapatkan kesemua amaun yang pada masa itu kena dibayar atas penghakiman itu, tetapi penghakiman boleh memohon untuk mendapatkan perintah yang lain.
(3) Mana-mana pihak boleh, jika suatu perintah pembayaran secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan atau ansuran itu ditambah atau dikurangkan dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.