ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 174. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atas penyemakan.

(1) Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, di dalam mana-mana kes di mana rekod prosiding telah diminta olehnya atau dengan jalan lain telah dihantarkan kepadanya, menurut budibicaranya, menjalankan apa-apa jua kuasa yang diberikan oleh seksyen 145, 149, 150 dan 151 Enakmen ini.

(2) Tiada perintah di bawah seksyen ini yang boleh membawa kemudaratan kepada orang yang dituduh boleh dibuat melainkan dia telah diberi peluang untuk didengar, sama ada secara sendiri atau melalui Peguam Syarienya dalam membela dirinya.

(3) Tiada apa-apa di dalam seksyen ini boleh dianggap sebagai memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengubah sesuatu pendapat mengenai pembebasan kepada sabitan akan tetapi Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengarahkan kes itu dibicarakan semula.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.