ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB IX - Memastikan Kebenaran Keterangan Saksi



Seksyen 129. Bila saksi boleh diminta bersumpah.

Apabila keadaan memerlukan atau proses pemeriksaan saksi sukar dilaksanakan dan defendan atau tertuduh membuat permohonan meminta Hakim memerintahkan saksi supaya bersumpah sebagai saksi yang bercakap benar kerana terdapat keperluan untuk memperteguhkan keterangannya, Hakim hendaklah mengarahkan saksi tersebut mengangkat sumpah dan Hakim hendaklah memberi ingatan kepadanya itu bahawa jika dia tidak bersumpah maka keterangannya tidak akan diterima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.